Sedekad
yang lalu, orang tua saya mengambil satu keputusan dan tindakan yang mengubah banyak
perkara. Saya sendiri terkejut dan kecewa dengan keputusan
mereka, tapi siapa saya untuk menghalang keputusan mereka.
Sejak
perpindahan mereka, saya (dan mungkin ahli keluarga saya juga) sering menerima, baik secara
langsung atau tidak langsung, tuduhan-tuduhan, cercaan dan
fitnah. Saya sebenarnya sangat dilukai dan tertekan juga dari segi mental.
Saya
ingin menjelaskan di sini yang saya tidak terlibat di dalam mereka mengambil
keputusan mereka. Saya juga tidak melakukan apa-apa yang harus membuatkan
mereka mengambil keputusan itu. Saya ulangi sekali lagi, saya tidak melakukan
apa-apa yang harus membuatkan mereka mengambil keputusan tersebut… dan tiada
apa-apa yang berlaku terhadap saya juga. Oh ya, saya juga belum mempunyai
waris, baik secara biologi ataupun adopsi, belum ada, belum ada.
Apa
yang mungkin menyebabkan salah-faham adalah saya tidak berada di Sabah sewaktu perpindahan
mereka, memberikan gambaran seolah-olah saya sedang lari atau bersembunyi.
Namun ingin saya tegaskan di sini, saya tidak lari atau bersembunyi. Saya
sedang bekerja di ibukota sewaktu itu dengan harapan ingin menimba pengalaman,
dengan rancangan pasti yang saya akan kembali ke Sabah semula.
Salah
satu daripada alasan mengapa saya menulis ini adalah apabila adik saya mula
bermain-main dengan sentiment yang saya tidak suka around reputasi saya yang
buruk. Saya rasa saya faham motivasi kau dik. Firstly, kau tidak suka sayalah (ada
hutang tidak bayar laito). Secondly, kau memang lindung si H**** (saya tidak
akan cerita pasal dia di sini, shouldn’t underestimate my courage of doing so
though).
Saya
harap tulisan singkat ini memadai buat masa ini. Saya cuma menjelaskan keadaan
dari posisi saya. Saya tidak bercakap bagi pihak orang tua saya (ataupun
adik-beradik saya). Kalau kamu mahu tahu, tanyalah mereka sendiri. Tapi mungkin tak perlu la semua itu.
Mungkin saya kurang meluangkan masa bergaul dengan kamu, mungkin saya tidak melayani di kalangan kamu, sebab itu kita renggang dan tidak sefahaman. Janganlah marah.
Saya harap penjelasan ini cukup. Kalau
masih tidak puas hati dengan penjelasan saya, ada bah tu kan undang-undang/akta yang lindungi orang dari fitnah. Bah, ditengoklah keadaan...
Sekian
tulisan saya kali ini. Kiranya Tuhan memberkati dan kiranya kasihNya menghiburkan. God bless! And have a blessed Easter weekend everyone!